Teknik memenangi HATI murid

Memandangkan memang mempunyai darah keturunan GURU. akhirnya terjejak juga kaki ke sekolah dihadapan murid-murid. makin lama dicuba untuk melarikan diri semakin dekat untuk masuk ke dunia pendidikan ini.mungkin inilah yang dinamakan takdir daripada Yang Maha Berkuasa. dunia pendidikan adalah suatu pengalaman yang cukup unik dan amat unik untuk diceritakan. setiap hari kita akan berdepan dengan cerita yang pelbagai dan saban tahun kita akan berdepan dengan murid yang berlainan.

Mungkin dahulu kala tidak dibayangkan seorang yang pendiam datang dari sekolah kampung yang tidak mempunyai aktiviti kokurikulum kemudian berkat daripada doa ibu dan ayah. akhirnya berjaya melangkah kan kaki ke sekolah berasrama penuh yang dipenuhi dengan budak-budak bandar yang semua mempunyai personaliti yang cukup berbeza. digagahkan jua hati dan bertekad untuk membezakan diri dengan berazam untuk membela diri yang cukup dhoif dari kampung dengan cuba untuk cemerlang dalam peperiksaan. akhirnya berjaya membuktikan itu dengan menjaya antara orang yang berada tangga 10 teratas dalam ‘ranking’ tingkatan yang berjaya dalam keputusan peperiksaan. sungguh membanggakan untuk itu sahaja. cuma masih lagi hati merendah kerana bukan hasil usaha yang menghasilkan seratus peratus kejayaan tetapi dengan keizinanNYA…

Apapun GURU adalah pekerjaan yang sangat mulia. cuma untuk menjadi GURU, seseorang itu harus merelakan diri untuk memikul beban yang sangat berat. Anggap ianya suatu ibadah. untuk mengajar dan menghabiskan silibus adalah suatu yang mudah hanya dengan datang sekolah tepat waktu dan balik tepat pada waktunya. hadir ke kelas mengikut jadual yang ditetapkan. tetapi itu bukan tugas sebenar GURU, yang penting adalah mendidik mereka supaya mempunyai jati diri yang beragama, tidak kiralah agama apapun.

Untuk mendidik murid perlu sekali kita memenangi HATI mereka terlebih dahulu. kemudian barulah mudah untuk kita mendidik mereka dengan cara tersendiri. apapun untuk memenangi HATI sememangnya bukan perkara mudah. pasti tidak semua murid yang akan berjaya kita menangi. tetapi cuba kita untuk meningkatkan peratus murid yang dapat kita menangi HATI nya dari tahun ke tahun.

Mendidik bukan sekadar dengan usaha. tetapi memerlukan pergantungan yang kuat kepada TUHAN supaya HATI mereka lembut untuk dilentur. terkadang terdapat GURU yang mudah berputus asa. Cuba lah fikirkan semasa kita menjadi murid dahulu adakah kita sentiasa memberi kemenangan kepada guru kita apabila mereka cuba memenangi HATI kita. semestinya tidakkan??? kerana dalam tempoh itu kita belum sedar. begitulah juga anak murid kita. mereka mungkin sedar tatkala mereka besar nanti, apabila mereka telah bekerja, berkeluarga, dan telah tua. kepada semua GURU teruskan perjuangan untuk MENDIDIK bukan mengajar.

GOKUSEN…

2 Responses

  1. setuju …. ditunggu tulisan-tulisan barunya

  2. Mutiara – Habib Umar bin Hafidz

    Mutiara
    Habib Umar bin Hafidz

    > Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu niscaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah

    > Barang siapa Semakin mengenal kepada allah niscaya akan semakin takut.

    > Barang siapa yang tidak mau duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barang siapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.

    > Barang siapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.

    > Barang siapa percaya pada Risalah (terutusnya Rasulullah), maka ia akan mengabdi padanya. Dan barang siapa percaya pada risalah, maka ia akan menanggung (sabar) karenanya. Dan barang siapa yang membenarkan risalah, maka ia akan mengorbankan jiwa dan hartanya untuknya.

    > Kedekatan seseorang dengan para nabi di hari kiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.

    > Betapa anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mau mempelajarinya.

    > Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.

    > Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia tidak akan sampai pada Tuhannya sama sekali dan kedekatan manusia terhadap Allah menurut kadar pembersihan jiwanya.

    http://pondokhabib.wordpress.com

Leave a Reply